Resepi Nasi Tomato


Rabu, 17 Oktober 2018

Jom belajar cara membuat, cara memasak Resepi Nasi Tomato yang mudah, simple, ringkas dan sedap di sini


Resepi Resepi Nasi Tomato

Bahan Bahan :

  • 500gm beras
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 3 ulas bawang merah | dihiris
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 125gm minyak sapi
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2.5sm kulit kayu manis
  • 190gm tomato pure
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara Cara Memasak :

  • Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan hiris sehingga kekuningan.
  • Selepas itu masukkan pes tomato. kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan beras, air secukupnya dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  • Tutup periuk dan tanak sehingga masak. Jika suka boleh letak kismis.
  • Hidangkan bersama Ayam Masak Merah tadi.