Resepi Ayam Masak Merah


Rabu, 17 Oktober 2018

Jom belajar cara membuat, cara memasak Resepi Ayam Masak Merah yang mudah, simple, ringkas dan sedap di sini


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ayam – potong kecil dan dibuang kulit
  • 20 tangkai cili kering – dikisar
  • 7 biji bawang merah kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • sedikit halia kisar
  • sedikit lengkuas kisar
  • 5 batang serai kisar – ambil bahagian yang putih sahaja
  • 1 cawan santan pekat
  • tomato pure secukupnya
  • serbuk kunyit
  • garam
  • sedikit asam jawa
  • gula apong

Cara Cara Memasak :

  • Lumurkan ayam yang dipotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
  • Dengan minyak lebihan goreng ayam tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan santan dan kacau lagi.
  • Tambahkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa dan kacau sebati.
  • Masukkan sos tomato dan kacau lagi.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.
  • Kacau sekali sekali dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis tadi benar-benar mesra, bolehlah dihidang